Thursday 25 August 2011

Doaku Ya RABBI...~

Allah yang Maha Pemurah.. terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan ku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat yang indah yang boleh kami nikmati bersama,
Terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama,
Terima kasih untuk setiap saat-saat yang lalu,
Aku datang bersujud di hadapan-Mu,
Sucikan hatiku Ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.
Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya,
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya,
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku dan usirlah dia dari relung hatiku,
Gantikan damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah agar aku dapat mengasihinya sebagai sahabat.
Tetapi jika Kau ciptakan dia untukku, Ya Allah..
Tolonglah satukan hati kami,
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerimanya seutuhnya,
Berikanku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangi hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerimaku dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana aku telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan dukaku dengannya.
Ya Allah yang Maha Pengasih, dengarlah doaku ini.
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu
Allah yang Maha Kekal, aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku.
Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Pergumulan ini mengajar aku untuk hidup makin dekat pada-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju terang-Mu.
Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang jadi dalam setiap bagian hidupku, Ya Allah..
Amin..

Tuesday 23 August 2011

Ya ALLAH...sesungguhnya kau MAHA MENDENGAR...*rintihan hambaMU

Ya Allah...kurniakanlah aku seorang suami yang soleh...
walau tidak kacak tak mengapa cukuplah berbekalkan adab budi bahasa..
kerna ketampanan tidak menjanjikan apa2..akan hilang dimamah usia juga..
yang menjaga dirinya...
yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya...yang sentiasa memperbaiki dirinya...
yang sentiasa menegur ketika aku tersilap..
yang taat pada kedua org tuanya..
yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah...
yang baik akhlaknya...dan tenang dalam ketegasannya
yang menerima aku apa adanya...
yang membimbing aku dengan lemah lembut...
yang akan membawa aku menuju JannahMu Ya Rabb...
Semoga permintaan aku dikabulkan..Aamiin..

Sunday 21 August 2011

hakikat dunia sekarang~

 Assalamualaikum :)

Hakikat dunia...manusia sering memilih yang terbaik..yang tercantik...jadi yang kurang cantik bagaimana..?? :) Dalam menjejaki alam dewasa ni *eceh ..aku akui aku senang dan lebih tertarik melihat keindahan hati, iman daripada luaran...JUJUR...aku rasa cantik or handsome seseorg itu hanya satu bonus...

 Tapi dalam melewati dunia yang penuh ragam manusia...aku masih temui ramai yang mendahulukan appearance semata-mata..bukan aku takde bukti..aku ade bukti dan aku sendiri turut merasai dan mengalaminya...

CANTIK..itu subjektif...memang tak salah kita memandang luaran tapi perlulah diikuti dengan kemantapan dalamannya sekali :)..

Semenjak usia aku menginjak ke 20-an ni..aku nampak jelas ramai sangat insan yang taksub akan paras rupa...ni random thoughts aku la..maybe bagi mereka itu satu kebanggan..:) Baguslah jika dalamannya boleh dibanggakan sekali...Tapi kalau tak...Sayang nye la kannn???


p/s : i missed all of u~!

Wednesday 3 August 2011

DOAku padamu YA RABBI..

Ya Rabbi... redamkanlah rinduku di jalan yang terbaik menurut Engkau untuk
dunia dan akhiratku.. Amin.... Bila kerabat dan teman tak lagi cukup untuk
menemani kehidupanku. .. maka hari itu adalah yang aku tunggu... apakah
dia???
seorang yang bernama Kekasih........... :)

Tuesday 2 August 2011

ALLAH mengampuni dosa orang yang berpuasa...

 Allah Mengampuni Dosa Orang Yang Berpuasa

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
{Riwayat Bukhari dan Muslim}
Huraian Pengajaran Hadis:

i) Puasa mencakupi pembatasan seluruh anggota tubuh, hati dan pikiran daripada melakukan segala macam dosa. Imam Al Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal berpuasa.” Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya dengan perbuatan dosa.*Doa2 kita dijauhi dalam dua2 golongan ini..aminn~

ii) Sesungguhnya iman dan nafsu yang jahat tidak mungkin boleh bersama kerana mustahil orang yang kuat imannya disertai oleh nafsu yang liar. Begitu juga tidak akan berlaku orang yang bernafsu liar mendakwa imannya kuat. Maka bulan Ramadhan merupakan peluang bagi umat Islam menundukkan nafsunya kerana peningkatan iman tidak akan berlaku sekiranya nafsu gagal dijinakkan. Sedangkan seseorang itu hanya akan mencapai tahap jihad yang paling tinggi apabila terlebih dahulu berjaya mengekang dan menjinakkan nafsu dalam dirinya.


iii) ‘Dengan penuh keimanan’ sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas bermaksud yakin dengan janji-janji Allah S.W.T dan melaksanakan perintah-perintah Allah dengan penuh keikhlasan iaitu mencari keredhaan daripada Allah semata-mata, bukan berpuasa sekadar ikut-ikutan dengan tujuan untuk berbangga-bangga (riya’), mendapatkan pujian atau habuan dunia.

Dulu DUA..sekarang SATU...

Assalamualaikum..
Bila bosan mula menguasai diri..jari jemari pun pantas berlari di sini…hehe..:) Okay if u held your head up..mesti you guys rasa semacam je tajuk entry kali ni..apa yang misteri sangat ni kan? Haha…Kali ni aku nak story about makhluk comel call HAMSTER..!~ Haaaa berani engkau panggil diorg ni tikussss??? Cewah..Actually that was my first thought before…
Sumpah aku cakap…aku sangat2 takut dengan this tiny mammalian creature…I cant imagine how afraid am I if i see them suddenly cross in front of me…Maybe perasaan geli tu buat jantung aku tsentap lalu merembeskan hormone2 yang tak sepatutnya seterusnya make me scream annoyingly like Eeeuuuww *dah start merapu :P haha..
BUT to make this story short…:p one fine day..sedang aku surfing internet cari notes bagai..All of sudden aku terjumpa satu picture makhluk Tuhan paling sexy*Okay aku tipu haha :D Actually i’ve accidently found a cute,awes0me,superb,tame-looking creature call Hamster..:)) And spontaneously aku terjerit2 gembira macam dapat score 4flat lagaknya kat dalam bilik hostel, sampaikan roommate aku tercengang plus bengang tengok aku..hehe Ya ampun…aku memang teruja…~!
okay2 back to the topic..:) aku terus je berniat untuk jadikan haiwan comel ini sebagai pet..setelah puas aku berhujah..berdebate dan sewaktu dengannya with my parents..Siap berendam air mata lagi kan…:p
At last they bought for me a pair of hamster..:) comel sangat...terus aku letak nama ala2 kampung..DONA n DONI..hehe..hamster aku jenis winter white..At first, diorg ni amat agresif..sukar dipegang..kalau buat diorg terkejut memang kena love bite la korang :D ahaha...tapi..my dad hari2 duk manjakan diorg...kasi belai2..selalu masukkn tangan dalam cage biar hamster serasi dengan bau tuan dia..berani tak berani kenala buat...Alhamdulillah..tak sampai dua bulan..Dona n Doni da boleh jadi geng lah...:)) hehe...
Okay now is the saddest part..:( Betul orang tua2 kata, malang tak berbau...at last si betina, Doni mati atas sebab2 tertentu*eceh...haih..menangis tak berlagu aku..So tinggallah si duda kesorangan..Makan sorang2..tidur pun takde kawan..pokok pangkalnya si Dona jadi lone ranger la sekarang.. 

p/s: To my sweetheart DONA..aku tahu sepi yang engkau alami..sebab aku pun mengalami nasib yang sama..cuma cerita kita mungkin berbeza..Sobss *okay sila abaikan drama ini.. :p



Inilah yang dikatakan.. JODOH TAK PANJANG...sabarlah DONA sayang...dulu BERTEMAN..kini KESORANGAN..itu lumrah hidup..sama2lah kita marasa dan mngerti ~



Okay fine menitis air mata aku tengok engkau hidup sorang2 nanti aku carikan wife untuk engkau eh..:(

ALLAH ada,,,,tenanglah duhai hati :))

  bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu
yang mencipta segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu...
pasti damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja
mentakdir segalanya untuk sesuatu yang sia-sia
bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu
retaknya hatimu...
tapi mugkin itulah yang Dia mahu...
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah
yang selalunya lebih lunak dan mudah
untuk dekat dan akrab dengannya...

Monday 1 August 2011

kisah hati HARI ini...


Assalamualaikum..
Hari ini..hari kedua umat islam menjalani ibadah puasa..Alhamdulillah..hari pertama ku lancar perjalanannya..Perhaps same goes to everyone out there :)
Hari ini..terjaga aku dari lena..air mata menitis ke pipi..sepi menghimpit diri…
Hari ini..aku kembali menjadi sang perindu…rindu pada diri aku yang dulu…rindu pada kehidupan yang tiada kenal erti luka..duka..
Hari ini..aku belajar untuk mengharungi hidup yang penuh dengan ranjau dugaan dan cabaran bersendiri…
Hari ini..aku mengerti..hidup ini ada jatuh bangunnya…ada suka dan dukanya..ada yang bahagia..ada yang terluka..
Hari ini..aku sedari..tak semua apa yang dihajati..akan dimiliki…
Hari ini..aku cuba untuk intai kisah semalam..biarpun segelap mana…moga semuanya takkan berulang lagi
Hari ini..akan aku gagahi langkah ini..tanpa henti..tak mungkin mati melangkah sendiri..
Hari ini..aku perlu berdikari..hidup ini..tak usah terlalu bergantung harap pada sesiapa...tak perlu bergantung kasih pada yang tak sudi…
Hari ini..aku makin kenal hati budi mereka…yang mana ikhlas..yang mana palsu..yang mana berbudi..yang mana memakan diri
Hari ini..aku tegar..aku tak mungkin akan kalah lagi..
Hari ini..aku akan terus menanti..sesuatu yang belum pasti..
Hari ini..aku yakin perancangan dari-NYA adalah yang terbaik untuk setiap insani…
Hari ini..aku tahu  bahawa setiap apa yang terjadi..terselit rahsia..hikmah dari mu YA RABBI..
Hari ini..aku syukuri..aku masih dalam perhatianmu ILAHI..
Hari ini dan seterusnya..aku akan terus berdoa moga penantian aku ini diberkati dan dirahmati :)