Assalamualaikum..
Hari ini..hari kedua umat islam menjalani ibadah puasa..Alhamdulillah..hari pertama ku lancar perjalanannya..Perhaps same goes to everyone out there :)
Hari ini..terjaga aku dari lena..air mata menitis ke pipi..sepi menghimpit diri…
Hari ini..aku kembali menjadi sang perindu…rindu pada diri aku yang dulu…rindu pada kehidupan yang tiada kenal erti luka..duka..
Hari ini..aku belajar untuk mengharungi hidup yang penuh dengan ranjau dugaan dan cabaran bersendiri…
Hari ini..aku mengerti..hidup ini ada jatuh bangunnya…ada suka dan dukanya..ada yang bahagia..ada yang terluka..
Hari ini..aku sedari..tak semua apa yang dihajati..akan dimiliki…
Hari ini..aku cuba untuk intai kisah semalam..biarpun segelap mana…moga semuanya takkan berulang lagi
Hari ini..akan aku gagahi langkah ini..tanpa henti..tak mungkin mati melangkah sendiri..
Hari ini..aku perlu berdikari..hidup ini..tak usah terlalu bergantung harap pada sesiapa...tak perlu bergantung kasih pada yang tak sudi…
Hari ini..aku makin kenal hati budi mereka…yang mana ikhlas..yang mana palsu..yang mana berbudi..yang mana memakan diri
Hari ini..aku tegar..aku tak mungkin akan kalah lagi..
Hari ini..aku akan terus menanti..sesuatu yang belum pasti..
Hari ini..aku yakin perancangan dari-NYA adalah yang terbaik untuk setiap insani…
Hari ini..aku tahu bahawa setiap apa yang terjadi..terselit rahsia..hikmah dari mu YA RABBI..
Hari ini..aku syukuri..aku masih dalam perhatianmu ILAHI..
Hari ini dan seterusnya..aku akan terus berdoa moga penantian aku ini diberkati dan dirahmati :)
No comments:
Post a Comment